Dunia sudah terbalik. Seringkali, sesuatu yang salah dianggap biasa, dan yang benar dikira langka. Ergh. Sapa boleh jelaskan, kenapa jadi macam tu?
Kalau kita tengok. Orang akan pandang pelik kan dekat orang yang pakai tudung labuh? Tapi tengok orang pakai skirt yang gila tanak lagi pendek tu, orang tengok biasaaa ja. Macam benda tu bukan suatu kesalahan ataupun dosa.
Kadang memang berdiri dalam kebenaran adalah hal yang sangat susah dan mencabar. Kadang mengingatkan orang untuk menetapi kebenaran adalah suatu hal yang memerlukan keberanian yang besar. Memiliki risiko yang tidak kecil.
“Tengok la dia, boleh je buat benda tu. Tapi kenapa aku tak boleh?”
Naah. Nampak tak. Mencari alasan untuk melakukan kesalahan dengan membiasakan sesuatu yang sepatutnya tidak boleh menjadi kebiasaan. (ayat takleh blah XD)
Kenapa tanak cakap macam ni :
“Eh, kenapa dia buat benda tu eh? Bukan patutnya takleh buat? Bukan seharusnya buat macam ni?”
ataupun..
“Eh, tak betul lah buat macam tu.. Kuharap aku pun tak kan buat benda yang sama..”
ataupun sejenisnya.
Tahu, saya tahu. Saya tak sempurna. Hidup memang tak semestinya ikut semuaaaaaa aturan yang ada kan. Kadang kita perlu untuk hidup mengikut apa yang kita mahu. Kadang kita perlu hidup mengikut kreativiti kita. Kadang kita perlu untuk berinovasi.
Tapi kan, harap faham lah. Kalau saya buat benda tu dekat kamu-kamu, kamu semua mestinya faham. Bukan saya melarangmu hidup ikut suka hatimu, tapi.. hidup memang macam ni. Kalau ada benda salah, memang sudah sepatutnya ada orang ingatkan.
Erk. Dan saya faham sebenarnya. Tak semua peringatan boleh diterima dengan lapang dada.
No comments:
Post a Comment