Pages

Tuesday, 12 April 2011

Ceritera Kehidupan

Situasi pertama.
Seorang perempuan bertudung labuh, tengah bermesra dan couple kat bas stop.
A: Ish ish ish,, tudung je labuh, tapi sikap?? buat malu islam jer... baik tak payah pakai tudung!
B: Alhamdulillah, at least dye dah terhindar daripada dosa tak pakai tudung..

Situasi kedua.
seorang pelajar, kerana di sekolah ada undang2 yang mengharuskan ia bertudung labuh,
ke sekolah dye bertudung labuh, kat luar lain citer... tak bertudung langsung..
A: Ish! hipokrit nye dyer!! kat sekolah je tudung labuh. kat luar???
B: Alhamdulillah, dia boleh lagi menghargai undang2 sekolah..

Situasi ketiga.
Seorang perokok menasihati budak sekolah menengah untuk tak merokok.
A: Hey! nk suruh orang tak merokok, tengok diri sendiri la dulu!
B: Alhamdulillah, dia dah menyuruh kepada kebajikan..

***

Dunia memang camtu. Kan?
Kadang kte fikir cam A, tapi kalau teringat B, betul gak.

So, apa kita kena buat?
Pada pendapat saya, yang saye akan cuba buat.. (even susah dan selalunya akan cenderung untuk berfikiran macam A)
Baik berhusnudzhon je ngan sume orang. Tak semestinya kita lagi baik daripada mereka. Kan? Tapi, kita pun jangan la buat semua benda tu. Kalau kita dah pandang slack, jangan la buat. Kan? Kita, sebagai orang yang dah lebih faham, buat la yang terbaik yang kita boleh buat. Lagi bagus, kalau kita boleh nasihatkan mereka, dan mereka pun boleh merubah sikapnya. Tapi yang paling penting, kalau memang tak boleh merubah dengan tangan dan lisan, hati kena menolak benda-benda tu. Sebab kita memang kena menolak kalau benda tu tak betul. Dan sebab itulah iman yang paling lemah. Maksudnya kalau kita memang dah reda dengan kemungkaran tu, macam kita dah tak ada iman. Naudzubillah.

Dan tentang situasi ke3.
Seteruk apapun dia, kalau dah yang dia cakap adalah benda betul dan baik, dah sepatutnya kitakita ikut apa yang dia cakap. Kan?

So, kesimpulannya:
Buat yang terbaik sebagai hamba ALLAH, kalau memang ada benda yang kita kena rubah ke arah kebaikan, berubahlah. Kalau tak boleh rubah terus semua tu, rubah sikit-sikit. Macam BM punya peribahasa, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Kan? *LOL.
Lagi satu, hal yang terpenting dalam hidup ini : positive thinking! Dengan berfikiran positif, aura positif akan mengalir dalam tubuh kita. Lagipun, berprasangka buruk sebahagian besarnya ialah dosa. So, jomlah kita sama-sama selalu berusaha untuk berfikiran positif, dalam apa-apa jua keadaan.

*O yeah saya tahu memang susah. Memang susah. Tapi kalau kita dah berniat, niat tu dah kira pahala :)
Dan dengan izin Allah insya ALLAH boleh

No comments:

Post a Comment