Pages

Wednesday 22 June 2011

peperiksaan semester 1

ok results dah keluar. QTH je belum. dan markah UB1 yang tertinggal 10 markah tu pun tak dibetulkan lagi kat SPS.

setakat ni, tak tau lah nak cakap apa. nak kata bagus, takde lah bagus sangat. nak kata teruk pun, takde lah teruk mana an.

just, boleh dapat lebih senernye, kalau usaha ditambah.

dan banyak rasa agak geram, sebab dapat markah sipi sipi nak dekat next grade. 79 lah, 90 lah, etc.

tapi takpe, mungkin semua itu memang dah ditakdirkan begitu so boleh lebih termotivate untuk dapatkan lebih.

well, however, kene ucap juga: alhamdulillah..

*aku tak sepandai itu lah nak jadi cikgu tusyen. nak fahamkan orang tentang PENYATA PENDAPATAN pun susah. lagi lagi bila nak kena ajar sume silabus an. takyah mengarut. macam lah kat luar sana takde tempat tusyen an. belambak lambak satu malaysia ni tempat tusyen tau. harap maklum.

*jamuan kelab ICT hari ni. dan berakhirlah jawatan sebagai setiausaha. maafkan segala salah silap ye.

*sejarah dapat A memang macam mukjizat. yelah, bukan orang Malaysia an. so macam.. tak percaya. padahal sejarah Indonesia dulu pun susah nak dapat > 80 LOL. english yang A+ tu pun buat orang tak percaya je. dah la karangan loser gila. rasa macam patut dapat B ke C je.