Pages

Sunday 27 February 2011

Jangan Ragu

A. < 70 : pumping 150 kali. 100% soalan kita buat.
B. < 60 : pumping 200 kali. 50% soalan kita buat.
C. < 50 : pumping 250 kali. 0% soalan kita buat.
D. < 40 : pumping 350 kali. 0% soalan kita buat.

Nak yang mana satu? Kena pilih jugak.

Dan kami terjebak di pilihan B.
Dengan 50% lebih yang kecewa dengan keputusan itu.

Jadi, next time jangan ragu-ragu. Kerana hasilnya memang tak bagus.
Kalau anda mementingkan markah yang paling memungkinkan untuk anda peroleh, terus pilih D.
Kalau anda mementingkan bilangan pumping yang berkemungkinan anda kena buat, terus pilih A.

Itulah konklusinya.
Konklusi kedua : Kena mulakan latihan pumping, 200kali sehari.

UB.

ESOK DAH START UB.
dan target2 yang sungguh tinggi itu, oh lupakan saja lah.
saya dah ada target sendiri.

UB ni malas nak buat betul2. dah tewas lepas tengok target2 itu.
so, saya hanya nak selamatkan maths, add maths, QTH dan sejarah.
saya tak nak pumping 250 kali!
tapi kalau memang kena buat pun, reda je lah.

ada banyak benda tapi malas nak buat post.
so, bye.

Tuesday 22 February 2011

Menghidupkan Hidup

Kali ini nak buat post dalam bentuk point pulak. Terlalu malas untuk buat karangan panjang, sebab baru je siapkan karangan respon terbuka BM (Apa kaitan? LOL)

- Sebab dah belajar bahasa arab – nahwu – i’rob, sekarang kalau baca Quran jadi automatically terfikir i’rob dia pulak. XD.

- Hidup adalah pilihan = setiap pilihan ada konsekuensi (perkataan BM ke ni? XD ) masing-masing. (Al-Kahfi : 87 – 88)

- Hafalkan Al-Baqarah memang lagi senang daripada hafal Yaa Sin
(Al-Baqarah 1-5 dibandingkan dengan Yaa Sin 1-50, LOL)

- Daripada I Luv Islam : Hidup bukan hanya untuk dapatkan 5A UPSR, 9A PMR, 11A+ SPM. Kita perlu tau jugak, siapa Housni Mubarok tu? Siapa Susilo Bambang Yudhoyono tu? (HAHA). Hidup kena seimbang.

- Untuk mengajak orang kepada kebaikan itu perlu usaha berterusan. Itupun tak semestinya berjaya. Begitupun sebaliknya. Untuk menerima ajakan orang kepada kebaikan pun kadang susah.

- SENIOR YEAR! Mabit memang BEST! Sebab batch 13 memang BEST! XD. Cerita sikit lah pasal MABIT ni..


1. Tazkirah ba’da maghrib (lakonan banin)
5 Iftikhar : kuatkan ukhuwah di antara kita, antara sesama muslim, sesama manusia di dunia, sesama pelajar hidayah, sesama batch
5 Iltizam : biasakan hidup dengan sunnah Rasul, dalam segala aspek kehidupan kita
5 Imtiyaz : Hindari ikhtilat seboleh mungkin, yang terang-terangan maupun yang tersembunyi
5 Ikhlas : Kerjasama itu perlu untuk mencapai hasil yang memuaskan

2. SLOT 1 (Ustaz Azhari)
Tak berapa faham. Tapi tajuk dia ISTIQAMAH. Istiqamah di jalan Allah, untuk Islam.

3. Ketika Hati Melafazkan.. (Muhasabah)
Kadang apa yang kita lihat sebagai biasa biasa saja dan tiada nilainya, di luar sana boleh jadi intan permata yang dicari cari semua orang.

4. Tazkirah pagi
Kalau kita taat pada pemimpin, bila kita memimpin, orang akan taat pada kita.
Dulu akak-akak dan abang-abang dah kenalkan kita pada tarbiyah, sekarang masanya kita untuk kenalkan tarbiyah pada adik-adik

5. Mesyuarat batch
Pemilihan calon ketua GPK batch dan timbalannya, serta warna batch :: PURPLE.

Sunday 20 February 2011

Untitled - 1

Kita Akan Menuai Apa Yang Kita Tanam

:)

Jadi, Jom sama-sama menanam kebaikan!

Wednesday 16 February 2011

SINGING YELLOW YELLOW!

12 Februari 2011. Sukan Tahunan SMIH kali ke-16. Sukan tahunan yang begitu superb. Banyak sebab. Sebab sukan ditangguhkan, lepas tu dimajukan balik. Sebab kami sempat bersedih kerana beberapa form 5 tak boleh join sukan tahunan untuk tanding debate, nasib baik sukan tak jadi dilaksanakan 18hb Februari. Sebab kami, form 5, banyak handle sukan kali ini. Sebab kami dah berpenat lelah untuk menyumbangkan yang terbaik, untuk menjayakan sukan tahunan ini. Sebab kuning memang semangat sorak tiada henti. Sebab perbarisan hijau memang mantap dan bersemangat. Sebab matahari bersinar terang. Sebab pemenang memang tak dijangka-jangka. Sebab beza markah antara johan dengan naib memang sikit sangat. 1 MATA! Tapi satu mata itulah yang menyelamatkan kuning menjadi johan. Dan sebab terakhir itulah yang betul betul buat hati saya gembira. SEBAB KUNING JUARA!! Yeah!!

Tapi memang semua rumah hebat. Saya suka payung rumah merah yang cantik. Saya suka part banin bergolek kat tanah lepas tu orang lain lompati dia. Saya suka biru, tabik hormat mereka lawa. Saya suka balloon yang dilepaskan tu, memang cantik dan memukau. Saya suka hijau, yang bersemangat buat perbarisan. Saya suka topi petani mereka. Saya suka basikal mereka. Saya suka hijau, yang boleh dapat 7 piala. Dan SAYA SUKA KUNING. Sebab sorak tiada henti. Sebab banat dah merelakan baju dan tudung mereka, yang baru dibeli, untuk terkena cat kuning. Sebab AJK dah buat semua rumah kuning bersemangat untuk lepas sukantara, untuk buat yang terbaik di acara akhir. Dan sebab KUNING JUARA!

Ja’far At Thoyyari, yang di sana sini mari
Ja’far At Thoyyari, mari sini sorak lagi
Singing yellow yellow, yellow yellow yellow yellow
Yellow Yellow, yellow yellow yellow yellow!

Tahniah untuk semua ketua rumah sukan dan timbalannya, serta AJK AJK nya. Tahniah kerana dah buat yang terbaik dan menjayakan sukan kita kali ini.

Kejayaan ini kejayaan kita bersama!!

Oke, lepas ni dah tak ada lagi orang balik lambat sebab perbarisan ye. Patut bergembira! Walau ada yang kena balik lambat lagi sebab practice debate, atau training netball, atau kelas tambahan, atau benda lain.

Dan patut start fikirkan SPM yang lagi beberapa bulan je!! Ohh. Good luck untuk semua ahli batch 13 SMIH yang nak amek SPM tahun ni. Semoga kita sama sama berjaya. J

Mata Lalat atau Mata Lebah?

Ini tazkirah saya masa halaqah hari tu. Inspirasi dari IKIM J

Mata ni, terbahagikan menjadi dua. Mata lalat, dan mata lebah.

First, kita tengok dulu mata lalat. Lalat. Walaupun dia tengah terbang kat taman bunga yang indah, banyak bunga, pokok, yang semuanya cantik cantik belaka. Tapi dia tak cari semua tu. Dia tak nak. Fokus dia satu. Tempat sampah. Yang kotor, menjijikkan dan euw.

Second, mata lebah. Cuba bayangkan mata dia ketika terbang di tempat sampah. Walaupun sekeliling dia sampah je, semua busuk busuk belaka, tak sedap dipandang mata, tapi dia tak tengok pun sampah tu. Dia terus mencari dan mencari.. sampai menjumpai bunga yang indah. Fokus dia pada bunga, dan madu.

Then, kita substitute kan ke manusia.

Manusia bermata lalat. Walaupun ada orang dah baiiik sangat kat dia. Selalu tersenyum, sopan dan santun, berakhlak mulia. Tapi ada aje keburukan di mata dia. (sebab semua manusia memang ada kebaikan dan keburukan kan?) . so, orang baik itu, di mata manusia bermata lalat still nampak buruk jugak. Dan cuba bayangkan kalau satu dunia ini nampak buruk di mata manusia bermata lalat. Err, best ke hidup dia? Tak ke dia rasa tertekan sangat sangat sebab semua benda buruk dan memuakkan?

Manusia bermata lebah. Walaupun ada orang buat jahat macam mana pun ke dia, buat salah apa pun. Tapi yang dia ingat adalah kebaikannya. Dan cuba bayangkan, andaikan satu dunia ini indah, dan baik. Hmm.. tenangnya hidup dia. Mesti dia akan rasa aman damai dan tenteram kan, sebab dah menjadikan otak dia diisi oleh perkara perkara yang indah?

So, kita nak jadi yang mana satu?

Harap harap boleh sama sama jadi “mata lebah” , sebab kalau kita dah berpositive thinking ni, otak kita pun akan jadi positive, dan sikap perilaku kita pun akan terbawa positive J

Wallahu a’lam.

Thursday 10 February 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Tahun ini tahun SPM! Baru tahun lepas saya mulai sekolah, tahun ini dah nak kena amek peperiksaan, maknanya tahun depan dah tak sekolah sini lagi dah. Betapa cepatnya masa meninggalkanku.

SPM? Sampai saat ini pun, saya belum boleh nak dapatkan "perasaan nak berSPM". Entahlah. Tapi saya cuma tahu, semua orang kena buat betul betul di SPM sebab dia penting. Penting untuk nak masuk Universiti mana mana. Penting untuk dapat biasiswa mana mana. Walaupun ada jugak senior yang boleh dapat biasiswa kerana SIJIL PMR dia je.

Jadi? Jadi saya buat lah jugak, belajar tu. Nak catch up sana sini, nak fahamkan banyak subjects yang tak faham faham jugak. Sampai hari tu pernah, buku bersepah merata rata kat bilik. Atas katil, atas meja, bahkan kat lantai pun penuh buku. Sebab rasa macam nak belajar semua sekali dalam satu masa. LOL. Memang semangat SPM.

Tapi tapi kan.. bila dah mulai pembelajaran kat kelas, science subjects memang susaaah sangat nak handle. Dah rasa macam fed up. Rasa macam nak drop je science, amek social terus. Kan senang hidup?

Tapi terfikir pulak masa depan. Macam mana kalau tak boleh catch up EA form 4 punya? Macam mana kalau tak boleh handle science? Macam mana nak buat PEKA PEKA form 4 tu? Nak buat satu PEKA Form 5 yang masa tu tak datang pun susah macam ape.

Lagipun, kawan saya kata, tak boleh menyerah. Jadi saya memang tak boleh menyerah. Tapi kalau UB1 ni tak boleh nak score, memang tak taulah nak cakap apa.

So kesimpulannya, tahun ni memang kena usaha lebih sikit. Saya nak score jugak di SPM nanti, walaupun saya belum lagi dapat "perasaan nak berSPM" tu.

Tuesday 8 February 2011

C . I . N . T . A .


bertahan satu cinta...
bertahan satu C, I, N, T, A..


lagu tu, pertama kali dengar kat TV, Putri Ayu nyanyi, tapi tak tau pun tajuk dia apa.

Dah lebih daripada sekali Ustazah Hawanis buat perjumpaan dengan Form4 dan Form5 sahaja, untuk discuss pasal CINTA. Kenapa pun saya tak tahu. Mungkin sebab kami dah besar kot? So macam akan banyak berhadapan dengan benda ni? Mungkin..

Saya sependapat dengan Ustazah, bercinta memang tak perlu. Setidaknya untuk saat ini. Kalau dah menikah tu lain cerita lah kan?

Alasan yang paling kuat, memang DOSA itu lah. Ada ke orang yang tak takut dosa? Dengan azab yang dijanjikan ALLAH?

Then, bercinta ni, kalau kita fikir betul betul, apa manfaat dia? Rasa macam tak ada lah kan? Ke memang kaya sangat, so nak habiskan duit saja demi dia, seratus SMS per hari, call 5 jam per hari, bagi dia hadiah setiap minggu? kalau memang nak habiskan duit tu, baik infaq kan. At least boleh lah tambah pahala.

Tapi tak boleh dipungkiri, godaan dia memang dahsyat lah. Sebab itu memang fitrah manusia untuk mencintai.
"Lepas tu, kalau memang ALLAH dah bagi, tak kan nak sia siakan?"

Sebenarnya, ALLAH bagi sesuatu memang bukan saja. Ada hikmahnya. Dan cinta? Kalau memang sudah masanya, akan manis kan? Tapi kalau belum, ia bagaikan buah yang tak masak lagi, tapi sudah kita makan. Mana sedap?

Dan Allah bagi rasa itu, sebenarnya untuk menguji kita. Adakah kita benar benar beriman? Atau kita tidak kuat iman? Dan apa apa pun yang kita lakukan ni, pasti Allah akan perhitungkan di hari akhir.

"Lepas tu, macam mana kalau dah memang cintakan seseorang? Macam mana nak hilangkan rasa tu?"

Kita boleh cuba untuk mengalihkan rasa cinta kepada manusia kepada rasa cinta kepada ALLAH, dengan cara berzikir. Ingat Allah di setiap masa yang kita ada, di setiap amalan yang kita lakukan. Insya ALLAH bayangan bayangan si dia akan hilang sikit sikit.

Dan untuk Anda semua, satu puisi dari saya, semoga boleh ambil manfaatnya :

GEJOLAK HATI

Saat hati bergejolak tak pasti
Berlari lari kesana kemari
Mencari makna akan rasa yang terpatri
Menanti kebenaran hakiki
Hingga arah tak bisa dijejaki

Bayangmu senantiasa abadi
Kala makan, minum, belajar dan mandi
Bahkan tidur terbawa mimpi
Semua menjadi semakin misteri
Rasa apakah ini

Wahai insan sang pemilik jiwa
Tak ingatkah kau akan pencipta
Penenang kalbu dan pengabul doa

Yang dapat kulakukan satu saja
Serahkan segalanya pada Allah yang Esa

Selamat Datang

sebenarnya dah lama buat blog ini, tapi baru nak update betul betul sekarang lah. itu pun kalau betul. sebab tak tahu lagi keterusannya akan jadi macam mana. tapi semoga saya sentiasa tergerak hati untuk merajinkan diri sendiri update blog ini. dan ada kesempatan.

well, memang lah tak lawa mana pun blog saya ni, sebab saya pun baru je tergerak hati mendalami blogger. sebelum ni, memang confirm pergi wordpress aje lah kalau nak update. so, semoga Anda maklum.