Pages

Wednesday 30 March 2011

Kutuk Maki Hina

KALAU ada orang kutuk kita,
Tak semestinya kita kena balas dia dengan KUTUKAN kan?

Kata-kata manis jauh lebih menyejukkan hati dibandingkan dengan kutukan dan makian.

Harap faham.

Tak, bukan saya bermaksud membela dia. Tapi kenapa kita kena mengutuk balik? Kan boleh aje, kita tersenyum dan berkata lemah lembut sambil membetulkan dan membenarkan apa yang menurut kita salah?

Tuesday 29 March 2011

Untitled - 3



Berkatalah yang baik atau diam.

Tak boleh ke jaga mulut sikiit je?

Ya, saya faham. Itu mulut kamu. Tapi, telinga saya mendengar. Telinga lain mendengar.
Jadi, saya mohon untuk tidak mencemari telinga kami.

Monday 28 March 2011

KEADILAN

Berazam untuk post something mengenai hari ini. Tapi tak ada idea. Cuma nak bagi point penting je lah.

HIDUP INI TAK ADIL



HOT topic hari ni :: ADIL. O yeah. Ramai orang berlumba-lumba post status pasal keadilan ni.

Sape kate hidup ni adil? Memang takde. Ye, hidup memang tak adil. Dunia tak mengenal erti KEADILAN. Harapan kita satu-satunya hanya AKHIRAT. Keadilan yang sebenar.

Saya tengah belajar. Belajar untuk berdiri kukuh di tengah ketidakadilan. Belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah ditakdirkan, belajar untuk ikhlas dengan dunia dan kehidupan di dalamnya.

Hidup memang tak adil. Tapi tak salah kan kalau kita berusaha untuk berlaku adil?

Hidup memang tak adil. Tapi, tak salah kan kalau bagi orang rasa sikiiiiiiit je kebahgiaan atas kerja keras yang telah dilakukan?



ergh. Saya pun tak faham kenapa boleh jadi emo sangat macam ni. Tapi macam ni lah hidup. Kan?

Go Green Energy!




Baru je balik daripada pertandingan UTMost Innovation 2011 : Waste to Green Energy. Inilah yang saya dapatkan:



- Oh, memang betul, kami tak dapat gelar johan pun. Tak dapat nombo pun. Tapi nak tau tak? Kami dapat pengalaman yang kamu semua tak pernah rasa. Cheh.

- Patut berbuat baik kat semua orang. Even dia memang kita rasa sangat annoying gila ataupun sangat buat hati panas dan pedih. Ugh. Tapi, berbuat baiklah.
Kadang yang nampak buruk tu sebenarnya baik.


- Ahaha, saya dah pandai perli orang. Maaf lah ye untuk orang-orang yang terperli oleh saya tu. Tapi anda kena faham, saya pandai perli Anda sebab Anda ajar saya. LOL. Hidup memang macam ni kan. Apa yang kita tanam, itu yang kita dapat.

- Takde peraturan kan, yang projek tu kena KITA SENDIRI yang buat dan bukan orang lain buatkan? YEAH, MEMANG TAK ADA PUN. So, memang Anda boleh menang ya. Tapi hati semua orang mempersoalkan dan mempertikaikan kemenanganmu. Itu ke yang kamu nak?


- Sapa kata hidup tu adil? Hidup tu memang tak adil. Yang terpenting adalah macam mana kita boleh bertahan dalam ketidakadilan itu.

- Patut membayangkan kemungkinan terburuk. Bukan memimpikan mimpi-mimpi manis. Kang bila jatuh, memang sakit sangat. Tapi bila kita dah bayangkan jatuh, tapi ternyata kita terbang, hati akan gembira kan?

- Kenapa ada lagi orang Melayu yang tak faham Bahasa Melayu? Sah sah kami dah cakap kat telinga dia kott.

- Nak kutuk orang kena tengok tempat, situasi, dan kondisi. Ergh. Sebenarnya nak cakap : Hindarkan diri dari mengutuk orang lain. LOL.

- Pedih bila ada orang tanya, pastu kita jawab, tapi orang tu tanak bagi perhatian. Kalau macam tu baik takyah tanya kan. Ke memang saja nak uji kesabaran orang. Grr. Tapi memang dalam kehidupan ni, ramai orang yang macam tu. Sabar jelah.

- Yeah, kami memang banyak belajar erti KESABARAN.

Last, Nak cakap terima kasih kat semua orang yang dah berikan sumbangan kat kitorang sama ada sumbangan doa, sokongan, wang, tenaga, masa, etc. Semoga Allah membalas kebaikan Anda semua. :)

School Life.

"What is the purpose of your school life?"

Salah ke kalau ada saya nak jawab macam ni:
"TO GO OUT FROM THE SCHOOL LIFE"

LOL.
Abaikan.

Tapi memang pada hakikatnya macam tu kan. Kita masuk sekolah rendah dengan tujuan lulus (=keluar) daripada sekolah rendah.
Pergi sekolah dengan tujuan pulang sekolah.
Masuk sekolah dengan tujuan keluar sekolah.
HAHA XD.

Wait, jangan lupa.
Keluar tu dengan output tambahan.
Keluar tu, pasti lah output lagi banyak daripada input. Banyak positif.
So, Let's do our best!
:D

Monday 21 March 2011

Tanak SPM

Taknak amek SPM tahun ni boleh?
XD



Tak ada semangat SPM langsung lah tahun ini..
Entah kenapa.
Huff..

Tapi still kena memaksa diri sendiri untuk menjiwai semua ini..

------------------------------------------------------------------------

Tengah belajar dalam kelas:
"Cikgu, cikgu, ni masuk SPM ke?"
"Mestila masuk, kalau tak masuk tak belajar."

So kalau tak masuk SPM takyah belajar lah? XD
ok ok . gurau jelah.

Chemical equation of water =

HIJKLMNO

.
H to O
HAHAHA. Sah laa SPM failed kalau macam ni.

Wednesday 16 March 2011

Pakcik Teksi, Saya Ratu Anda

Keyword : Pembeli adalah Ratu.

Naik teksi daripada Jusco.
Wajah tak senyum langsung, dan dia bertanya :
"Kemana?"
Kami pun menjawab : "Pulai Perdana"
Semakin "cantik"lah muka.

Jalan.. eh terlajak.. akhirnya sampai juga.

RM6.40 tertulis.

"Pakcik, nak receipt"
"Takyah receipt ar! RM6 je kot!"
"Tak boleh, sebab kami nak claim"
"RM6 pun nak receipt!" (sambil memberi kami receipt tu)
Nah pakcik, duitnya (saya memberi dia duit RM10)
Tanpa mengatakan apa-apa, dia memberi baki RM3

"Pakcik, kan RM6.40.. Baki lagi RM0.60 tu mana?"
"Adik, lain kali, KALAU NAK MURAH TU NAIK BAS JELA, TAKYAH NAIK TEKSI!"
Dan tidak memberikan baki lagi RM0.60
Lalu diapun berambus pergi.


Betapa MESRAnya layanan..
Betapa baiknya pakcik tu..
Betapa indah kata-katanya..

Haha. Nak buat aduan pelanggan boleh aja, tapi kami baik hati :)
Tapi walau baik hati macam mana pun, sampai sekarang masih terngiang-ngiang di fikiran.

Salah ke naik teksi jusco taman U - Pulai Perdana?
Tapi kami pelanggan, kami RATUmu..
Bukan hambamu lah pakcik oi..
RM0.60 tu halal ke pakcik?

Anda mencari emas, tapi bila anda telah berjaya menemukannya, Anda membalingnya ke tong sampah.
Tak ke rugi? Tak ke rasa bersalah?

Tuesday 15 March 2011

Azam yang Terpadam

Baru petang tadi berazam nak siapkan journal.
Sampai rumah, call ustaz. Eh, beliau tengah busy rupanya.
So tak leh nak mintak bantuan.

Pastu usaha sendiri untuk buat journal tu.
Buat satu ayat, dua ayat.
Eh, takde idea.

Baring-baring atas lantai, nak cari idea konon-konon.
Tapi tak dapat jugak.
Menyerah lah! Buat next time la! Sekarang tido je la. Kot kot boleh mimpikan journal tu dan dapat idea.

Azam tu dah terpadam rupanya
=="

Cerita di Balik Projek Biowaste to Biogas

Dah tiga hari mengemis sampah =="
Ahad dan Isnin memungut sampah buah busuk di kedai buah Pasar Taman U,
Hari ini pulak mengemis sampah sayuran busuk di pasar Taman U. Yang tak faham betul, kenapa nak buat project waste to energy pun kena habis duit banyak sangat?
Kenapa nak pungut sampah pun nak kena keluarkan duit yang gila banyak?
Bukan tajuk dia WASTE ke? Dah waste tu waste lah! Tak payah nak guna duit kan kan kan?

Tapi pada hakikatnya tak macam tu. Kena jugak keluarkan duit untuk beli balang air (walaupun RM15 tu ada orang sponsor), Kena juga keluarkan duit RM30 untuk naik taxi sekali jalan (belum pulangnya), kena juga keluarkan duit RM45 untuk makan PIZZA HUT. HAHA XD. Padahal UTM just nak bagi duit up to RM200 je, dan tu belum masuk barang-barang untuk booth kami.

Project ni memang memenatkan jiwa raga kott. Setiap hari kena mencari dan mengais-kais sampah.. padahal ada ja banyak sampah tapi ada juga orang yang tanak kasih, (Bukannya dia nak makan pun benda tu, last last dia buang jugak!). Lepas dapat sampah, kena panggil taxi.. boros sangat.
Dari pasar ke pulai perdana dah kena RM8. Itu untuk sehari yee..
Sampai di rumah Zaynab, akan bermula lah drama-drama yang wew, sangat menjijikkan. Yeah, tangan ini memang kena bersedia bermain-main dengan sampah. Geli sangat.

Belum lagi fikirkan replica, slide show, dan journal/report/proposal. Dah la siap malu lagi masa call cikgu menengah rendah.

Dan semua ini hanya demi duit RM20. Tolonglah. Benda yang memenatkan otak+jiwa+raga macam ni just dapat RM20. Saya ikut kontes teka lagu boleh dapat RM1000 (Bak kata Zaynab).

Okey fine. Berhenti mengeluh. Sekaranng fikir positive.

Dengan saya memasuki pertandingan ini, otak saya akan berfikir kimia. HAHA. Bahkan tidur pun mimpi methane gas. Ataupun confirmation test for methane gas. Atau sejenisnya. So otak dah terbiasa fikir benda2 chemistry macam ni, harapnya exam chemistry nanti takdelah dapat FAILED macam UB1 ni.

Then, masa tadi minta sampah sayuran di Pasar Taman U, makcik tu cakap, "Selalunya students University tu pun minta jugak sampah ke makcik ni.. Kalaulah adik cakap daripada semalam, makcik bolehlah asing-asingkan". Apa yang specialnya daripada percakapan makcik tu?
SEBAB KAMI KIRANYA SETARAF DENGAN PELAJAR UNIVERSITI.
Haha. Oke perasan. Tapi memang lah kan. Kami dah start buat benda2 yang budak2 U buat. So nanti bila masuk U takdelah terkejut sangat bila kena kumpul sampah untuk experiment. (Even saya tak kan amek kos sains punya).

Dan paling best sebab boleh makan bakso. Teet. Haha.

Dah. Berhenti bebel, rehatkan diri dulu sejenak. Malam ni kena siapkan journal tu.

Sunday 13 March 2011

Methane ?


methane



Dalam balloon ni methane ke? Macam mana confirmkan yang dia tu methane?

Ok dah, pening kepala.
Tapi cukup teruja sebab reaction dia cukup cepat
:D

Wish us luck :)

Saturday 12 March 2011

CUTI = Bukan Cuti

Cuti kali memang betul-betul bukan cuti LOL.
Tapi meskipun memang semua orang dah pening-pening lebah fikirkan biogas reactor tu perlu atau tak, base tu nak buat dari apa, berapa kedalaman perigi tu, kat mana nak jumpa "balang" air tu, macam mana nak pungut sampah-sampah busuk, cukup sangat ke duit RM200 tu, dan seterusnya..

Tapi semua itu memang akan jadi kenangan tersendiri.

Dan jumpa kawan senasib memang kelakar. Haha.
Konklusi pun dah dapat.
Kita kena menang, atau tak boleh ada yang menang. Kita kalah boleh aja, tapi yang lain pun kena tak menang.

Dan akhir sekali,
Good luck untuk kita semua!

Besok start pungut sampah XD

Ok, ok, takde lah sampai macam ni kan?
*Harap-harap boleh siap ikut plan. Harap-harap microorganism tu cepat sikit nak buat kerja. Harap-harap tak ada orang gelakkan kami masa pungut sampah. Tak yah pandang sudah. Harap-harap semuanya baik-baik saja, aman terkendali, tiada masalah.

SAMPAH = DUIT


SAMPAH = $$$$$


Tau tak?
Percaya tak?
Memang, memang tak logic langsung.
Tak nak percaya? Boleh!

Tapi kami akan buktikannya,
:D

Banat Imtiyaz, semangat semangat semangat!
Cuti ini memang kena semangat sikit berkawan dengan sampah ye.
Haha.

Thursday 10 March 2011

teamwork



Seharusnya seperti ini. Semoga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday 9 March 2011

Physics is Best, Chemistry lagi best!



CHEMISTRY SAYA FAILED!!
34/100!!



Patut gembira XD
Dapat kerepek haha.
Pecah record. Akhirnya

:D

Khabar gembira hari ini ::
UTMOST INNOVATION. We're chosen to present our proposal on 21 (?) March 2011.
HAHA. Tak sangka. Tapi memang nyata. 1stly memang semua orang gembira sebab tak percaya yang kitorang terpilih untuk present. DAPAT RM200!! *even bukan untuk makan ke shopping*
Lepas tu, nak buat macam mana dengan project tu? Tak rasa yang ianya akan berjaya. Too impossible to be possible. But I'll try. So, please lah.. kalau tak menang tu, jangan lah tak nak mengaku kawan. Kita kawan selamanya kan, kan, kan? :D
Dan cuti satu minggu ni memang hidup tak akan tenang. Kalau tak berjaya memang lah kan.. mantap.

PARACHUTE! Memang patut gembira. Haha.

Maths crossword. O yeah.
Saya hanya ikhtiar XD.

- innallahama'asshabiriin.. Sabar ya izza.. sabar sabar sabar!
- Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kan? Harap faham =="

Saturday 5 March 2011

B for BAKSO!!

Terima kasih kepada :
Pihak sekolah sebab dah adakan Hari Usahawan Muda hari ini,
Kelab Pecinta Alam sebab dan jual BAKSO hari ini,
Ustazah Shamtidar sebab dah susah susahkan diri untuk masak bakso,
Makcik canteen yang dah ajar Ustazah untuk masak bakso,

Jadi hari ini pun saya boleh menikmati BAKSO yang begitu lazatnya.. terubat sudah kerinduan :)

Oh yeah, bakso di sana memang lagi sedap, tapi bakso tadi pun sedap jugak.


SMAT-V memang best, banat Imtiyaz punya parachute kira okey jugak sebab telur dia crack sikiiit je. Tak terkeluar pun cecair dalam tu. Telur kami memang ajaib sebab nak menggedik-gedik tersangkut atas bumbung dulu, lepas tu menggedik-gedik duduk kat tangga pulak, barulaaah nak mendarat kat bawah tu. HAHA. Dan konklusi dari parachute kami, CHEMISTRY kami selamat untuk nak dapatkan A++ , dia crack sikiiit je, boleh lagi nak di-sellotape untuk sempurnakan A++ tu. *ada faham? Rasanya kami je yang boleh faham XD*

Kuis PA? Tak jadi buat hari ini. Dahla semangat bawa beg besar-besar isi buku teks PA yang tebal macam buku rujukan tu + buku latihan + buku nota form4, tapi takpelah..

Dan maths crossword. Last peserta seh, sebab tak dengar pengumuman. Sound speaker dia memang pandai sangat nak sorok-sorok diri sehingga telinga saya tak boleh mendengarnya. Haha. Anyway boleh buat semua soalan tapi.. entahlah betul ke tak.

Besok dah boleh cuti tapi, ada banyak benda nak kena buat. Semua dah buat separuh jer, lepas tu dah tak ada idea nak sambung benda tu. HAHA.
Erk, tapi esei BM tak buat apa-apa lagi. Tak ada idea langsung.

Friday 4 March 2011

Untitled - 2

Dua poin yang saya nak cakap di sini.

1. Kalau memang tak boleh tu cakap je lah tak boleh!! Tak payah nak susahkan diri sendiri dan orang lain.
Oops. Ayat tu jahat sangat. Ok, lembutkan sikit.
Sesungguhnya kita kena ukur kemampuan diri sendiri ye.. serta reda dengan ketentuan Allah. Kalau takdir dah cakap macam gitu, maknanya kita memang kena terima dengan hati terbuka kan?

2. Barang-barang kemas seperti intan, permata, emas, memang kena dijaga elok-elok kan? Kena diperhatikan setiap masa kan? Bukannya dibiar je, lepas tu didedahkan pada benda-benda yang membahayakannya. Didedahkan kepada kemungkinan untuk dicuri, didedahkan kepada kotoran. Apalah ni?? Tak reti nak jaga barang-barang indah dan berharga tu? Baik bagi saya, saya jagakan. Atau jual je terus kat orang lain.
Entahlah, apa yang saya tulis ni Anda boleh tangkap tak. HAHA.

3. Sesungguhnya saya memang suka bermain dengan kata-kata dan ayat-ayat, harap maklum :)

UB1 Dah Berakhir

OH YEAH!! Alhamdulillah..

Tak boleh nak ramalkan result, tapi rasanya semua teruk-teruk belaka.
SEJARAH macam mana? Alhamdulillah, boleh jawab soalan tu, tapi tak tau lah betul ke tak. Semoga terbebas dari pumping 200.

Satu kesimpulan dari UB1 ini:
Percaya dengan hati nurani, jangan percaya cakap orang lain. 7 subjects ada kesalahan informasi-realiti.
Next time kalau nak periksa, ulangkaji tu biarlah ulangkati semua. Tak payah nak belajar ikut apa yang "katanya" akan keluar. BELAJAR JE SEMUA!!

Yang paling mati memang chemistry. Baru dapat kertas soalan, tiga menit kemudian terus letak kepala atas meja. Pasrahkan diri. Confirm fail. Oke, takpe Izza, boleh belajar lagi untuk SPM ye. Semoga boleh memotivasi dan bagi pengajaran bermakna untukmu :)

Esok pulak? Esok ada SMAT-V dan Usahawan Muda. ICT mungkin akan buat tayangan jer, tak buka gerai. Ada beberapa masalah.

SMAT-V? KUIS PRINSIP AKAUN!! HAHAHA. Seramnya.. nak lawan diorang semua tu, yang pandai-pandai belaka. Dahlah tak ulangkaji apa-apa lagi. XD
Dan parachute. Oh.. yang ni pun entahlah apa nak jadi.

Thursday 3 March 2011

Berjuang Berjuang Berjuang

BESOK PAGI INI PQS, SEJARAH, CHEMISTRY.
Memang semua mati menantang. Dan pagi ini memang tak boleh tidur untuk settle kan segala benda yang memang tak akan settle punya.
Tapi at least ada harapan untuk bebas dari hukuman pumping 200kali
:X

Dan semua orang satu kelas memang akan fokus pada sejarah, dengan sebahagian besar pelajar akan mengabaikan PQS dan CHEMISTRY sebab tak nak pumping 200kali. Sehingga saya rasa markah PQS dan chemistry akan jatuh.

Haha, entahlah. Lebih baik hentikan ramalan ini, kembali kepada jalan yang benar : buka buku sejarah, hafalkan apa apa yang patut dihafal..
Lepastu amek buku PQS, baca 9 bab yang belum terbaca langsung tu..
Dan besok kat kelas, baru lah nak gelabah baca chemistry.

Semoga semua berjaya.
Semoga ALLAH melindungi kita semua.