Pages

Saturday, 30 April 2011

Kurung Diri Hindarkan Dosa (???)

"Seorang muslimah sejati dia akan menjaga suaranya"

Sedikit terkilan dengan statement itu.
Saya tahu statement tu tak salah. Perempuan memang kena jaga suara, jaga adab, jaga tingkah laku, jaga cara jalan, jaga cara bicara, jaga suara, jaga mata, jaga hati, dan jaga banyak benda lain.

Perempuan memang ada baaaanyak benda yang kena dijaga.

Tapi saya nak menjawab statement itu dengan statement lain.

Seorang muslim sejati akan berusaha sepenuh daya untuk menghadapi dunia dan isinya,
BUKAN menyalahkan dunia dan isinya
.


Ada faham?

Kalau nak salahkan perempuan sebab tak jaga suara lah, tak jaga diri lah, tak jaga cara jalan lah,
Macam mana anda menjalani hidup?

Sebab dunia sekarang ni memang dipenuhi dengan banyak benda tak betul di depan mata.
Then, anda cuma mahu kurung diri di rumah je, sebab keluar rumah akan nampak perempuan2 sexy yang menaikkan nafsu?
Then, anda cuma akan kurung diri di dalam rumah je sebab keluar rumah nanti IMAN TAK SELAMAT??
Anda hanya mahu baca quran, tilawah, solat malam, solat dhuha, hafazan di RUMAH dan tanak keluar rumah sebab kalau keluar rumah hafazan akan hilang?

Kalau macam tu, macam mana anda akan berdakwah dan membimbing mereka yang jalan di jalan yang salah??

-Wallahu a'lam-

Thursday, 28 April 2011

Beza Prinsip Itu Biasa

Entahlah mungkin saya dan awak beza prinsip kot. Saya memang tak patut paksa semua orang ikut prinsip saya an.
Jadi saya memang diam je. Mungkin lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya. *peribahasa ni betul ke? XD

Now I just want to tell you what's on my mind. Ok? Awak tak payah nak susah-susah ikut prinsip saya. Taknak baca pun boleh.

Benda tu mengenai KEJUJURAN. Hadits Nabi : "Sesungguhnya kejujuran itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga."
Kita tak boleh an menzalimi hak orang lain.
Cuba bayangkan kalau sebab ulah kita, siapa yang sepatutnya menang jadi kalah. Siapa yang sepatutnya tak bersalah jadi kena denda.
Dan semua tu sebab kita. Disebabkan salah kita, masa depan orang lain jadi taruhan.

Ah, tapi takpe lah. Awak memang tak kan faham kan. Awak memang akan anggap saya ni orang paling pelik sedunia sebab saya pentingkan benda yang menurut awak tak penting langsung kan.

Ok takpelah, awak.

Wednesday, 27 April 2011

KKPA

Semua orang memang tengah kecoh-kecoh pasal Kerja Kursus Prinsip Akaun.
Berita asalnya KKPA f4 tak dikira markah sebab salah procedure, tapi tetiba ada berita mengejutkan dan menggemparkan:: KKPA F4 kena disiapkan sebelum 1 Mei. Ok semua orang yang tak siap lagi memang dah macam nak pengsan dengar berita tu.

Dan yang dah siap pun lega. Kalau dah penat-penat buat tapi at last tak dikira markah memang mantap kan. Sebab tu bila ada berita KKPA JADI diambil markah, orang yang dah siap pun gembira dan lega.

Hidup memang macam ni. Ada orang gembira ada orang berdukacita.

Dan belum selesai dengan hal KKPA F4, semua orang juga WAJIB siapkan KKPA F5 pulak. Sebelum 1 Jun. HAHAH. Memang terbaik lah kan hidup ni.

Tapi takpe. KKPA memang sangat bagus sebab boleh buat revision F4-F5 punya silibus. So takyah lah buat ulangkaji susah-susah sangat macam PHYSICS dan CHEMISTRY. Atau sejarah. Ataupun addmaths. Ataupun PQS dan PSI. Just siapkan je KKPA tu SENDIRI. Tanya ustazah bila tak faham. Bukan copy-paste orang punya lah ye. Kalau copy-paste tu, tak tahulah, boleh jadi faham ke tak.

KKPA juga SANGAT BAGUS OKEY sebab kalau buat betul-betul, boleh dapat 20 MARKAH FREE terus untuk SPM.

So janganlah banyak mengeluh masa buat KKPA. Mengeluh sekali sekala tu takpe. Tapi memang kena terus ingat positives nya. Sebab KKPA menyenangkan hidup kita.

I <3 PA SO MUCH!!

sebab saya biro PA. Eh tak mana ada. Sebab saya memang suka PA. Dan semua budak PA memang kena suka PA. Sebab kalau nak hasil yang memuaskan, kita kena cintai apa yang kita buat.

GPK SPM PA 2.4 OKE.
Batch 13 BOLEH!

Thursday, 21 April 2011

tak sakit langsung

Bila kita tak buat apa-apa pun tapi semua orang asik suspek kita yang buat, memang sakit lah kan.

Dahla yang BUAT BENDA TU, taknak menunjukkan diri, taknak mengaku. MEMANG KITA YANG NAMPAK BERSALAH. EVEN SEBENARNYA KITA TAK BUAT APA-APAPUN KAN KAN KAN.

SABAR YA, HIDUP MEMANG PENUH DUGAAN. DAN UJIAN.

Monday, 18 April 2011

finally..

Lawatan dah habes. Alhamdulillah. Semua baik2 sajaa. Takde masalah bererti.
Tapi perempuan bila dah jumpa shop memang takleh berhenti shopping. So memang kebanyakan jadual tu tak menjadi LOL. Banin sume dah naik atas bas, banat still asik shopping lagi. LOL.
Sorry banin. Harap maklum.

yang terbaik memang royal selangor pewter. Dahla free. Boleh nampak macam-macam. Dapat air pulak tuh.
Oh, kamu kamu yang nak beli chess dekat royal pewter, harga dia RM2100 ye.
memang gila murah lah kan. Boleh beli 10 terus. XD.

menara KL best sebab boleh nampak KL daripada atas. tapi agak bosan ar.
Muzium telekom pun oke je. boleh tahu telefon2 dulu punya. pelik-pelik. tapi agak bosan ar.

aquaria part yang paling best masa bagi makan kat ikan2 tu. comelll nampak pari, penyu, dan ikan2 lain berebut makanan.
pastu yang best gak kitorang cari omputih pastu minta dia amek gambar sesame. argh BI memang hancur musnah takleh blah tapi sapa nak kisah. janji dia faham sudah.
best jumpa makcik daripada Ireland ni. ramah sangat. :)

lepastu bebas nak buat apa. pusing-pusing kat KLCC tu. memang kaki ni macam dah nak terlepas daripada tubuh badan je. hahaha.

err, overall ok kott.
cuma memang perlukan banyak pengorbanan. lagi-lagi korban perasaan.

mawaddah, nuha dan pengerusi lagi lah banyak kena uruskan benda kan. pening kepala diorang kan. makasih banyak-banyak dah jayakan program ni.

makasih jugak untuk semua yang dah pergi lawatan. maaf kalau ada yang tak kena ke, tak suka ke, tak puas hati ke. maaf banyak-banyak. next lawatan korang buat lah yang lebih baik daripada kitorang punya :)

dahlaaa pegi buat kerja PQS. dah dua minggu dah sazah bagi masa tapi tak siap-siap lagi. =="

*jam tangan hilang. tsk tsk sediiih. dahla tu hadiah sebab dapat masuk SMIH :(
ISNIN TANAK SEKOLAAAH!

Saturday, 16 April 2011

motivasi.

hari ini ada motivasi. Best sebab 9 jam ceramah tapi tak rasa ngantuk. Rasa penat je sebab kena duduk atas lantai.
Tapi kalau ada orang tanya, "termotivasi tak?"
Tu tak pasti lah jawapannya. Hehe.
Mungkin saya rasa lebih bersyukur. Sangat-sangat bersyukur sebab hidup saya ni kira sempurna. Yeah.
Tapi untuk memotivasi saya untuk dapatkan 11A+ SPM ataupun sebagainya saya rasa belum sampai ke tahap tersebut.
Untuk capai tahap itu, memang perlukan kesedaran diri sendiri tahap maksimum.

the best for SPM 2011!

well, kejap lagi bertolak untuk gi lawatan ICT SRT.
Wish us the best.

Friday, 15 April 2011

pembentangan SAA

o yeah ini benda kecik tapi nak post jugak.

sebelum tu, SAA stands for SALAHUDIN AL AYYUBI.

tadi puas hati dengan pembentangan sirah yang saya buat. even ramai gila orang rasa bosan tapi still puas hati sebab ada jugak orang yang bagi perhatian. pastu, sebab slide show yang dah berbulan-bulan saya buat akhirnya boleh dipresentasikan. memang rasa macam cool gila. sebab setakat ni sorang je yang present ngan slide show. XD.

esok lawatan ICT n SRT. semoga semua baik-baik je. takde masalah. dan semogaa.. saya ditetapkan hati untuk join lawatan XD
*seat masih banyak kosong. jom join lawatan ICT SRT!! (promote)

s o r r y .

However, I still need to apologize.

So sorry dear for doing that thing. Sorry dear for terkasar bahasa.

Lepas ni jom kita sama-sama bekerjasama lakukan yang terbaik :)

PEKA CHEMISTRY YANG MALANG

Ya, ya. Memang salah saya. Salah saya hantar PEKA CHEMISTRY awal sangat.. Salah saya sebab lepas eksperimen terus hantar PEKA.. Salah saya sebab tanak hantar PEKA sama ngan orang lain..

Salah saya sebab tak hantar peka last minute macam semua orang buat.
Next time memang PEKA kena buat last minute je so dia tak kan hilang dan tak kena buat 4 PEKA lagi sekali.

Memang salah saya. Bila lah agaknya saya boleh buat sesuatu yang betul eh?
==”

Dunia Yang Terbalik

Dunia sudah terbalik. Seringkali, sesuatu yang salah dianggap biasa, dan yang benar dikira langka. Ergh. Sapa boleh jelaskan, kenapa jadi macam tu?

Kalau kita tengok. Orang akan pandang pelik kan dekat orang yang pakai tudung labuh? Tapi tengok orang pakai skirt yang gila tanak lagi pendek tu, orang tengok biasaaa ja. Macam benda tu bukan suatu kesalahan ataupun dosa.

Kadang memang berdiri dalam kebenaran adalah hal yang sangat susah dan mencabar. Kadang mengingatkan orang untuk menetapi kebenaran adalah suatu hal yang memerlukan keberanian yang besar. Memiliki risiko yang tidak kecil.

“Tengok la dia, boleh je buat benda tu. Tapi kenapa aku tak boleh?”

Naah. Nampak tak. Mencari alasan untuk melakukan kesalahan dengan membiasakan sesuatu yang sepatutnya tidak boleh menjadi kebiasaan. (ayat takleh blah XD)
Kenapa tanak cakap macam ni :

“Eh, kenapa dia buat benda tu eh? Bukan patutnya takleh buat? Bukan seharusnya buat macam ni?”

ataupun..

“Eh, tak betul lah buat macam tu.. Kuharap aku pun tak kan buat benda yang sama..”
ataupun sejenisnya.

Tahu, saya tahu. Saya tak sempurna. Hidup memang tak semestinya ikut semuaaaaaa aturan yang ada kan. Kadang kita perlu untuk hidup mengikut apa yang kita mahu. Kadang kita perlu hidup mengikut kreativiti kita. Kadang kita perlu untuk berinovasi.

Tapi kan, harap faham lah. Kalau saya buat benda tu dekat kamu-kamu, kamu semua mestinya faham. Bukan saya melarangmu hidup ikut suka hatimu, tapi.. hidup memang macam ni. Kalau ada benda salah, memang sudah sepatutnya ada orang ingatkan.

Erk. Dan saya faham sebenarnya. Tak semua peringatan boleh diterima dengan lapang dada.

Tuesday, 12 April 2011

Ceritera Kehidupan

Situasi pertama.
Seorang perempuan bertudung labuh, tengah bermesra dan couple kat bas stop.
A: Ish ish ish,, tudung je labuh, tapi sikap?? buat malu islam jer... baik tak payah pakai tudung!
B: Alhamdulillah, at least dye dah terhindar daripada dosa tak pakai tudung..

Situasi kedua.
seorang pelajar, kerana di sekolah ada undang2 yang mengharuskan ia bertudung labuh,
ke sekolah dye bertudung labuh, kat luar lain citer... tak bertudung langsung..
A: Ish! hipokrit nye dyer!! kat sekolah je tudung labuh. kat luar???
B: Alhamdulillah, dia boleh lagi menghargai undang2 sekolah..

Situasi ketiga.
Seorang perokok menasihati budak sekolah menengah untuk tak merokok.
A: Hey! nk suruh orang tak merokok, tengok diri sendiri la dulu!
B: Alhamdulillah, dia dah menyuruh kepada kebajikan..

***

Dunia memang camtu. Kan?
Kadang kte fikir cam A, tapi kalau teringat B, betul gak.

So, apa kita kena buat?
Pada pendapat saya, yang saye akan cuba buat.. (even susah dan selalunya akan cenderung untuk berfikiran macam A)
Baik berhusnudzhon je ngan sume orang. Tak semestinya kita lagi baik daripada mereka. Kan? Tapi, kita pun jangan la buat semua benda tu. Kalau kita dah pandang slack, jangan la buat. Kan? Kita, sebagai orang yang dah lebih faham, buat la yang terbaik yang kita boleh buat. Lagi bagus, kalau kita boleh nasihatkan mereka, dan mereka pun boleh merubah sikapnya. Tapi yang paling penting, kalau memang tak boleh merubah dengan tangan dan lisan, hati kena menolak benda-benda tu. Sebab kita memang kena menolak kalau benda tu tak betul. Dan sebab itulah iman yang paling lemah. Maksudnya kalau kita memang dah reda dengan kemungkaran tu, macam kita dah tak ada iman. Naudzubillah.

Dan tentang situasi ke3.
Seteruk apapun dia, kalau dah yang dia cakap adalah benda betul dan baik, dah sepatutnya kitakita ikut apa yang dia cakap. Kan?

So, kesimpulannya:
Buat yang terbaik sebagai hamba ALLAH, kalau memang ada benda yang kita kena rubah ke arah kebaikan, berubahlah. Kalau tak boleh rubah terus semua tu, rubah sikit-sikit. Macam BM punya peribahasa, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Kan? *LOL.
Lagi satu, hal yang terpenting dalam hidup ini : positive thinking! Dengan berfikiran positif, aura positif akan mengalir dalam tubuh kita. Lagipun, berprasangka buruk sebahagian besarnya ialah dosa. So, jomlah kita sama-sama selalu berusaha untuk berfikiran positif, dalam apa-apa jua keadaan.

*O yeah saya tahu memang susah. Memang susah. Tapi kalau kita dah berniat, niat tu dah kira pahala :)
Dan dengan izin Allah insya ALLAH boleh

Erk. Sila Baca Kalau Berkenan

Saya cuma nak cakap satu benda je.

Mohon untuk dahulukan kepentingan ummah di atas kepentingan kumpulan/ diri sendiri.

Ok dah tu je. Tanak bebel panjang-panjang.

Saturday, 9 April 2011

Tanak ajar saya sebab nanti saya lagi pandai dari dia.
Hah. Apakah??

Tak faham betul. Kalau alasan tu sebab dia tak faham gak, boleh terima lagi. Ini? Alasan apakaaaah??

Saya baik-baik saja. Even awak tak tolong saya pun. Ramaaai lagi orang yang baik hati di luar sana. Bye.

Tapi still macam, tak puas hati. Perlu ke buat macam tu? Bukan kita sekarang dalam satu tujuan yang sama, nak GPK 2.2 tu?

Bukan kalau awak ajar saya, awak pun akan lagi faham benda tu? Awak gak yang untung.

Ingat tak, BAT tahun lepas kita ada belajar kan:
AL-ILMU BILAA AMALIN KA AS-SYAJARI BILAA THAMARIN.
"Ilmu tanpa amal bagaikan pokok tanpa buah"
Sia-sia. TaK bermanfaat.

Tapi saya tak tahu lah kan apa yang awak nak. Kalau memang awak nak simpan ilmu tu sorang-sorang bawak ke kubur sorang-sorang, apa yang saya boleh buat. Kan?

Agak terkilan tapi takpe. Hidup memang macam ni kan. Banyak manusia, banyak ragam. Macam-macam ada.

Thursday, 7 April 2011

Lawatan, lawatan, lawatan

Kertas Kerja Lawatan dah diluluskan. O yeah!! Alhamdulillaaah.

Boleh bergembira sikit. Ye. Sikiiiiiiiiit je. Sebab.. Banyak lagi benda yang nak kena di-settle-kan.

Harap-harap semua baik-baik saja, takde masalah yg buat orang boleh mati berdiri. LOL.

Sekarang kena fikir pasal GPK PA pulak.
7.13!!! Oh.. pening kepala. Macam mana nak naikkan jadi satu poin bla bla bla niiii?
62% tak lulus. Banyak benaaaar.
:X

Tuesday, 5 April 2011

Zzzzzzzzz......

So many things to do.

Monday, 4 April 2011

Kawan


Kawan. Sekali kawan, tetap kawan.
Pertemanan tak macam perkahwinan. Bole cerai ke apa. Kawan tetaplah kawan. Even gadoh macam mana pun, masih kawan jugak. Kawan se-islam. Kawan satu bumi.

Kawan. Walau dia dah jadi macam mana pun.. Dah berubah sangat-sangat.. Dia still kawan saya.

Yeah, walau apapun, kamu semua tetap kawan saya.

:D

Sunday, 3 April 2011

C. CH. CHE. CHEM!!!

Jom belajar sama. Nak? Nak laaah..
Malam ni belajar chemistry jom jom jom! *muka semangat*
















Faham tak apa yang saya cuba sampaikan?
Apa dia? Faham?
Hebatnyaaa.. Pandai betuuull..
Saya pun tak faham amende kat atas tu. Boleh ajar saya?

*tension sebab tak faham chemistry.

#so-random#

Saturday, 2 April 2011

april .


HYE APRIL!!
Jumpa kamu lagi tahun ni. Alhamdulillah.
Tapi tahun ni special sikit. Bila tahun lepas masuk April je terus suka, sebab dah nak dekat december, dah nak dekat cuti.
Tapi tahun ni?

DAH NAK DEKAT NOVEMBER!! DAH NAK DEKAT SPM!!
kenapa sume nak cepat-cepat belaka?

dengar cite, sekarang 1 hari dah tak 24 jam lagi. Dah berkurang jadi 23jam59minitsekiansaat.
Makin pendek je masa.

dan..
Apa khabar persiapan SPM?
memang tak ada perkembangan apa-apa. UB1 sangat LOSER dan yeah. Macamtula hidup. Pandai-pandai nanti SPM. LOL. XD

Ok stop pasrah sebelum ikhtiar. KENA SEMANGAT LAH SAYANG!

dan baru je, petang ni, jumpa semangat baru.
Dah genggam azam ni!

LOSER sangat sebab baru berazam di bulan 4.. padahal sume orang dah ada azam sejak bulan 1 lagi. Tapi takpe. Even baru jumpa azam di bulan 4, tapi boleh mengejar ketinggalan. semoga. selama azam tak terpadam.
Oh, nak cakap makasiiiih banyak-banyak untuk kamu, kamu, kamu dan kamu yang dah menyebabkan azam tu muncul dan bangkit.
ya ya, kamu, kamu, kamu dan kamu lah inspirasiku.
:D

*erk. post yang ni memang agak pelik. nak save as a draft tapi... takpelah. biar la kamu baca. harap maklum.