Dah tiga hari mengemis sampah =="
Ahad dan Isnin memungut sampah buah busuk di kedai buah Pasar Taman U,
Hari ini pulak mengemis sampah sayuran busuk di pasar Taman U. Yang tak faham betul, kenapa nak buat project waste to energy pun kena habis duit banyak sangat?
Kenapa nak pungut sampah pun nak kena keluarkan duit yang gila banyak?
Bukan tajuk dia WASTE ke? Dah waste tu waste lah! Tak payah nak guna duit kan kan kan?
Tapi pada hakikatnya tak macam tu. Kena jugak keluarkan duit untuk beli balang air (walaupun RM15 tu ada orang sponsor), Kena juga keluarkan duit RM30 untuk naik taxi sekali jalan (belum pulangnya), kena juga keluarkan duit RM45 untuk makan PIZZA HUT. HAHA XD. Padahal UTM just nak bagi duit up to RM200 je, dan tu belum masuk barang-barang untuk booth kami.
Project ni memang memenatkan jiwa raga kott. Setiap hari kena mencari dan mengais-kais sampah.. padahal ada ja banyak sampah tapi ada juga orang yang tanak kasih, (Bukannya dia nak makan pun benda tu, last last dia buang jugak!). Lepas dapat sampah, kena panggil taxi.. boros sangat.
Dari pasar ke pulai perdana dah kena RM8. Itu untuk sehari yee..
Sampai di rumah Zaynab, akan bermula lah drama-drama yang wew, sangat menjijikkan. Yeah, tangan ini memang kena bersedia bermain-main dengan sampah. Geli sangat.
Belum lagi fikirkan replica, slide show, dan journal/report/proposal. Dah la siap malu lagi masa call cikgu menengah rendah.
Dan semua ini hanya demi duit RM20. Tolonglah. Benda yang memenatkan otak+jiwa+raga macam ni just dapat RM20. Saya ikut kontes teka lagu boleh dapat RM1000 (Bak kata Zaynab).
Okey fine. Berhenti mengeluh. Sekaranng fikir positive.
Dengan saya memasuki pertandingan ini, otak saya akan berfikir kimia. HAHA. Bahkan tidur pun mimpi methane gas. Ataupun confirmation test for methane gas. Atau sejenisnya. So otak dah terbiasa fikir benda2 chemistry macam ni, harapnya exam chemistry nanti takdelah dapat FAILED macam UB1 ni.
Then, masa tadi minta sampah sayuran di Pasar Taman U, makcik tu cakap, "Selalunya students University tu pun minta jugak sampah ke makcik ni.. Kalaulah adik cakap daripada semalam, makcik bolehlah asing-asingkan". Apa yang specialnya daripada percakapan makcik tu?
SEBAB KAMI KIRANYA SETARAF DENGAN PELAJAR UNIVERSITI.
Haha. Oke perasan. Tapi memang lah kan. Kami dah start buat benda2 yang budak2 U buat. So nanti bila masuk U takdelah terkejut sangat bila kena kumpul sampah untuk experiment. (Even saya tak kan amek kos sains punya).
Dan paling best sebab boleh makan bakso. Teet. Haha.
Dah. Berhenti bebel, rehatkan diri dulu sejenak. Malam ni kena siapkan journal tu.
No comments:
Post a Comment