Pages

Friday, 29 July 2011

Banyak Cerita

Behind every smile there is a broken heart. Just because someone is smiling doesn't mean they are happy and everything in their life is going right.


Ok yang kat atas tu takde kena mengena dengan post ni.

Banyak bende dah jadi dalam hidup ni. Tapi tak berkesempatan untuk post kat blog. Alhamdulillah hari ini rupanya saya diberi kesempatan.

1. Studygroup PA. 12 dari 16 banat datang. Bagus. Jauh lebih bagus daripada 1st class yang saya buat hari tu. 7 orang je datang sebab ramai yang busy ni lah, busy tu lah. Nasib baik sekarang ni form 5 dah turun jawatan. Boleh fokus belajar. SPM PENTING lah.

Tapi ada satu masalah yang bagiku cukup besar. Tapi nasib baik terhenti sampai situ je. Tak dibesar-besarkan. Erm. Tak mahu salahkan orang lain. Patut salahkan diri sendiri jer. Minta maaf untuk semua pihak, mungkin semua itu memang salah saya. Maafkan.

Semoga next time boleh buat lagi terancang dan terencana.

2. Studython. Memang sangat teruja sebab first time belajar sebegitu bersungguh-sungguhnya. Kalau sebelum ni, belajar mesti bertemankan laptop, ataupun diselingi tidur panjang. Masa studython memang betul-betul belajar. Hebat an. Baru tahu, rupanya boleh je belajar betul-betul, kalau ada kemahuan.

PA, tak boleh dinafikan, memang yang paling tension sebab kena bersaing dan belajar dan mengajar dalam satu masa. Maaf untuk kawan-kawan yang tak terlayan. Harap maklum, orang tengah tension.

Physics, tension type B. kalau PA tension sebab tekanan dari ustazah, Physics stress sebab memang tak faham pape langsung pasal elect-elect ni (electricity, electromagnetism, electronics). Maybe logic gate tu boleh faham sikit kot. Tapi tuje lah yang faham. Sedih an. Cane nak SPM ni.

Addmaths. Santai je. Tapi tak puas hati sebab lepas dapat kertas, markah hilang semua tu sebab careless. Benci an. 9 Markah hilang. Tapi takpe, cuba lagi next time. SPM memang takleh careless langsung.

Chemistry. Ni studygroup paling best. Sempat jalan lagi, cari tempat yang best. Dan dah faham redox reaction 70%. Best best.

Overall memang best lah. Patut buat banyak banyak kali, banyak banyak subject, banyak banyak chapter.

3. Sekarang rasanya memang orang yang paling rajin tidur dalam kelas ialah SAYA. Hebat an. Ntahlah kenapa an. Setiap kali masuk kelas je, memang terus mata macam nak terpejam. Tulah. Allah dah beri nikmat tak mengantuk dalam kelas, tetiba teringin untuk cuba TIDUR macam orang tu yang selalu tidur tapi pandai gak.
Last last ni lah. Dah jadi kebiasaan, sampai kelas je terus ngantuk. -,-
Yelah yelah, akan kucoba untuk lawan rasa kantuk ni. insya ALLAH.

4.Ape lagi? Hm. MPP baru dah naik dah. Selamat berjuang, semoga berjaya. Kena pandai-pandai gain respect dari semua orang.
*Sejak bila kesahkan bende-bende camni? LOL*

5. 15 November dah makin dekat aje. Alhamdulillah. Di saat yang sama, tak faham lagi electromagnetism, Salt, tak ingat lagi Kos Pengeluaran, Kinayah, etc.
Memang hidup ni hebat.

6. PLKN. Ye, memang takde kena mengena ngan hidupku. Alhamdulillah. Tapi macam boleh rasa jugak perasaan semua orang. Orang yang dapat, orang yang tak dapat. Ada beberapa yang memang unexpected gila, boleh dapat PLKN. Memang penuh cabaran kott.
Hmm. Walauapapun, goodluck untuk korang semua eh. Semoga selalu dalam lindungan Allah. He knows the best.

" B+ ". Not my blood group, neither my grade in maths. Its my favourite Quote: "BE POSITIVE"

No comments:

Post a Comment