malas nak update kat blog lagi satu sebab macam dah ramai orang tahu. haha.
aku rasa selepas aku belajar kat shaoguan ni, baru perasan yang hidupku ni masih category senang. di malaysia dulu pun hidup kawan2 aku macam mudah je semua. mak bapak baik-baik, sekolah elok-elok, etc etc.
dah 3 tahun lebih couple, dah tunang, lagi tiga bulan nak married, then clash, broke up. apa perasaan? tak, aku tak sokong couple, tapi nak imagine perasaan dia macam boleh sikit kot. dah plan nak beli rumah kat mana, nak anak berapa, dah book reception hall, beli wedding gown, dah hantar kad. then tetiba semua hilang macam tu je.
atau, apa perasaan bila sejak kecil ayah tak pernah anggap kehadiran kita? just because kita perempuan. sebab konon lah, anak perempuan tu tak guna (omg it's 2013 please and discrimination still exists?). kat rumah tak pernah berbual dengan ayah, cakap "hye" pun replied with "hye" jugak. tak sedih? mestilah sedih. bila nampak ayah aku call, dia teringat kat ayah dia. jealous, dia kata. bila kat bas nampak ayah peluk anaknya, mata dia dah berkaca-kaca nak nangis. and sering jugak lah malam malam menangis bila tetiba teringatkan ayah dia. sedih.
hah. lebih kurang macam tu lah hidup orang-orang sekitarku sekarang ni. bila tengok diorang punya cerita je, terus rasa hidup aku macam flat. nak compare tu, jauh. diorang memang kuat kan.
tapi Allah memang tahu kan, siapa yang lemah n siapa yang kuat. mungkin sebab tu aku dapat hidup yang senang-senang je. kalau aku dapat cobaan macam kawan kawan aku, ntahlah aku sanggup ke tak.
aku dapat beban hidup macam sekarang ni pun rasanya dah sering sangat complain. fuhh. be strong, everyone!