Pages

Wednesday, 14 December 2011

Dah Alumni?

Semalam paper last. PQS. Sekolah dah abes dah. Dan dah jadi ALUMNI!

Ok senernye tak kisah pun, jadi alumni ke ape. Takde feeling sangat lah.. Maklum, baru dua tahun sekolah sini.

Walaupun happy sebab dah tak payah nak berhadapan ngan SPM, peraturan sekolah, kerja rumah, etc, tapi rupanya habis SPM ni seram.

"Bukan dah habis sekolah, tapi hidup baru bermula" (Pakcik Kahar)

Hm.

Takut. Cuak.

Wednesday, 24 August 2011

Sendiri Pilih, Sendiri Tanggung

Rasanya memang patut berhenti mengeluh atas segala sesuatu yang terjadi terhadap apa yang telah jadi pilihanKU.

contohnya.
Dah amek addmaths. Kenalah reda dengan segala bendanya. project work yang tak tau apa tujuannya, soalan yang gila belambak, yang mencabar, susah nak dapat A+, etc. Sebab apa. Sebab yang pilih untuk amek addmaths ialah diri sendiri. Dah sendiri punya pilihan, sendiri punya consequences lah.

Dah amek PA. Dengan segala cabarannya. Kerja kursus lah. Kelas yang macam tanak lagi lama an. 4 Masa. Dengan tak fahamnya lah. Hafal format ni, format tu lah.
Pastu nak mengeluh. Padahal sapa yang dulu pegi amek kos PA? Diri sendiri. Sapa yang sekarang mengeluh? Diri sendiri -,-

Dah pilih nak sekolah kat Malaysia. Kenalah siap sedia dengan segala cabarannya. Yang kadang kita tak suka, kadang kita menyampah. Pastu nak banding-bandingkan, sekolah sini vs. sekolah sana. Kalau sekolah sana mesti nanti lulus terus degree. Kat sini, SPM tu buat apa? Sekolah sana, mesti boleh je apply mana mana biasiswa kerajaan. Kat sini, sapa nak bagi biasiswa??

Memang senernya tak patut nak kutuk langsung an. Memang tak patut nak menyesali atau semacamnya. Langsung tak patut. SENDIRI PILIH, SENDIRI TANGGUNG LAH. Dulu dah pilih sini, kenalah membayangkan dan merancang segala kelemahan, dugaan dan cabaran yang mungkin akan dihadapi.

Wallahua'lam

Tuesday, 23 August 2011

SPM itu penting?

Yup. Inilah aku. sementara semua orang tengah sibuk nak mantapkan segala benda yang berkaitan dengan SPM, aku sibuk dengan soalan yang sama.
Abaikan.

Trial 5hb September. Hebat kan. Aku memang tak boleh nak target tinggi2 lah. Memang tanak target tinggi2.

Addmaths dah takleh nak dapat A+ lagi dah. Ntahla apa jadi an. *Sorry Dalila*.
PROJECT WORK BARU HANTAR PAGI TADI. LOL.
PA pun apa bezanya. DAHLA GPK PA WHOOP. Nasib baik laa, kerja kursus f4-f5 takdela teruk mana. Tertolong sikit nak kejar lagi 80 tu.
Maths, asik tercareless. Macam nak bunuh diri pun ada kalau dah macam tu.
PQS pun dah entah pape jer.

padahal 4 tu je yang aku target A+. Tapi kalau macam ni, memang la tak kan dapat A+ langsung dalam apa-apa subjek. Pasrah jelah. Tak dapat 11G sudah lah.

--------------------------------------------------------------------------------

Hidup dah makin complicated. Macam-macam perangai manusia pun dah mula wujud dah.

Hebat lah konon. Tapi sebenernya merosakkan maruah diri sendiri.

Hebat lah konon. Tapi sebenernya justeru membahayakan diri sendiri.

Hebat lah konon. Tapi sebenernya malah menjauhkan diri dari reda manusia. Reda Allah? Hanya ALLAH yang tahu.

Padahal dalam usaha mencapai kejayaan mestilah perlu reda manusia an. Kalau kita suka sakitkan hati manusia lain, cane nak dapat reda mereka?

Kita pun perlu gak, reda ALLAH. Memang tulah yang paling utama. Tapi kalau kita asik buat benda yang Allah tak suka, cane nak dapat reda-Nya?

Tak salah an kalau memang nak berjaya tu, fokuslah untuk berjaya. Tak salah an kalau takyah fikir pasal benda2 merapu dan tak berfaedah. Tak salah an kalau jaga perangai sikiiit je.

Orang lain yang tengok pun suka, Allah pun reda.


-Aku memang tak boleh nak cakap apa-apa. Nak cakap, bukan orang dengar pun. Memang hati ni diam jer. Yer, imanku memang tahap paling lemah kan. HATI JE BOLEH MEMBERONTAK. Sedangkan lisan dan tangan diam tak berdaya.-

Nak buat macam mana.



*Sorry entry ni macam agak kasar lah kan. Sorry.

Sunday, 31 July 2011

Syahru Ramadhan

If you're looking for a perfect girl, go to the store and say Hi to BARBIE!

-Nobody's perfect-

Hi everyone! Tak sangka, dah masuk Ramadhan dah. Ramadhan ke berapa ntah, jauh dari family. Ke-3 kott.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan tahun ini. Semoga menjadi Ramadhan yang terbaik.

Sehubungan dengan itu (Ayat BM SPM), mohon maafkan segala salah silap saya.

*Ayat pembuka kat atas tu takde kena mengena dengan isi post ni. Harap maklum.

Friday, 29 July 2011

Banyak Cerita

Behind every smile there is a broken heart. Just because someone is smiling doesn't mean they are happy and everything in their life is going right.


Ok yang kat atas tu takde kena mengena dengan post ni.

Banyak bende dah jadi dalam hidup ni. Tapi tak berkesempatan untuk post kat blog. Alhamdulillah hari ini rupanya saya diberi kesempatan.

1. Studygroup PA. 12 dari 16 banat datang. Bagus. Jauh lebih bagus daripada 1st class yang saya buat hari tu. 7 orang je datang sebab ramai yang busy ni lah, busy tu lah. Nasib baik sekarang ni form 5 dah turun jawatan. Boleh fokus belajar. SPM PENTING lah.

Tapi ada satu masalah yang bagiku cukup besar. Tapi nasib baik terhenti sampai situ je. Tak dibesar-besarkan. Erm. Tak mahu salahkan orang lain. Patut salahkan diri sendiri jer. Minta maaf untuk semua pihak, mungkin semua itu memang salah saya. Maafkan.

Semoga next time boleh buat lagi terancang dan terencana.

2. Studython. Memang sangat teruja sebab first time belajar sebegitu bersungguh-sungguhnya. Kalau sebelum ni, belajar mesti bertemankan laptop, ataupun diselingi tidur panjang. Masa studython memang betul-betul belajar. Hebat an. Baru tahu, rupanya boleh je belajar betul-betul, kalau ada kemahuan.

PA, tak boleh dinafikan, memang yang paling tension sebab kena bersaing dan belajar dan mengajar dalam satu masa. Maaf untuk kawan-kawan yang tak terlayan. Harap maklum, orang tengah tension.

Physics, tension type B. kalau PA tension sebab tekanan dari ustazah, Physics stress sebab memang tak faham pape langsung pasal elect-elect ni (electricity, electromagnetism, electronics). Maybe logic gate tu boleh faham sikit kot. Tapi tuje lah yang faham. Sedih an. Cane nak SPM ni.

Addmaths. Santai je. Tapi tak puas hati sebab lepas dapat kertas, markah hilang semua tu sebab careless. Benci an. 9 Markah hilang. Tapi takpe, cuba lagi next time. SPM memang takleh careless langsung.

Chemistry. Ni studygroup paling best. Sempat jalan lagi, cari tempat yang best. Dan dah faham redox reaction 70%. Best best.

Overall memang best lah. Patut buat banyak banyak kali, banyak banyak subject, banyak banyak chapter.

3. Sekarang rasanya memang orang yang paling rajin tidur dalam kelas ialah SAYA. Hebat an. Ntahlah kenapa an. Setiap kali masuk kelas je, memang terus mata macam nak terpejam. Tulah. Allah dah beri nikmat tak mengantuk dalam kelas, tetiba teringin untuk cuba TIDUR macam orang tu yang selalu tidur tapi pandai gak.
Last last ni lah. Dah jadi kebiasaan, sampai kelas je terus ngantuk. -,-
Yelah yelah, akan kucoba untuk lawan rasa kantuk ni. insya ALLAH.

4.Ape lagi? Hm. MPP baru dah naik dah. Selamat berjuang, semoga berjaya. Kena pandai-pandai gain respect dari semua orang.
*Sejak bila kesahkan bende-bende camni? LOL*

5. 15 November dah makin dekat aje. Alhamdulillah. Di saat yang sama, tak faham lagi electromagnetism, Salt, tak ingat lagi Kos Pengeluaran, Kinayah, etc.
Memang hidup ni hebat.

6. PLKN. Ye, memang takde kena mengena ngan hidupku. Alhamdulillah. Tapi macam boleh rasa jugak perasaan semua orang. Orang yang dapat, orang yang tak dapat. Ada beberapa yang memang unexpected gila, boleh dapat PLKN. Memang penuh cabaran kott.
Hmm. Walauapapun, goodluck untuk korang semua eh. Semoga selalu dalam lindungan Allah. He knows the best.

" B+ ". Not my blood group, neither my grade in maths. Its my favourite Quote: "BE POSITIVE"

Wednesday, 22 June 2011

peperiksaan semester 1

ok results dah keluar. QTH je belum. dan markah UB1 yang tertinggal 10 markah tu pun tak dibetulkan lagi kat SPS.

setakat ni, tak tau lah nak cakap apa. nak kata bagus, takde lah bagus sangat. nak kata teruk pun, takde lah teruk mana an.

just, boleh dapat lebih senernye, kalau usaha ditambah.

dan banyak rasa agak geram, sebab dapat markah sipi sipi nak dekat next grade. 79 lah, 90 lah, etc.

tapi takpe, mungkin semua itu memang dah ditakdirkan begitu so boleh lebih termotivate untuk dapatkan lebih.

well, however, kene ucap juga: alhamdulillah..

*aku tak sepandai itu lah nak jadi cikgu tusyen. nak fahamkan orang tentang PENYATA PENDAPATAN pun susah. lagi lagi bila nak kena ajar sume silabus an. takyah mengarut. macam lah kat luar sana takde tempat tusyen an. belambak lambak satu malaysia ni tempat tusyen tau. harap maklum.

*jamuan kelab ICT hari ni. dan berakhirlah jawatan sebagai setiausaha. maafkan segala salah silap ye.

*sejarah dapat A memang macam mukjizat. yelah, bukan orang Malaysia an. so macam.. tak percaya. padahal sejarah Indonesia dulu pun susah nak dapat > 80 LOL. english yang A+ tu pun buat orang tak percaya je. dah la karangan loser gila. rasa macam patut dapat B ke C je.

Saturday, 21 May 2011

Rehat Sekejap

Assalamualaikum...

Rehat sekejap. Erm. Satu minggu yang dah lepas ni memang loser lah. Hanya ok masa maths je kott. Itu pun tak pasti boleh dapat A+ ke tak. Yang lain-lain? Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

Perlu extra-usaha untuk minggu hadapan..
CHEMISTRY, PHYSICS, PRINSIP AKAUN, PQS, ADD MATHS, SEJARAH.

Bismillah, Rabbi Yassir Walaa Tu'assir

P/S: Minggu depan = MUKHAYYAM FORM 5. Errrr???


Yang nak download nota padat SPM Sejarah, saya ada link.
Nota Padat Sejarah Tingkatan 4
Nota Padat Sejarah Tingkatan 5

Semoga dipermudahkan oleh Allah, Aamiin :)