Pages

Saturday, 21 May 2011

Rehat Sekejap

Assalamualaikum...

Rehat sekejap. Erm. Satu minggu yang dah lepas ni memang loser lah. Hanya ok masa maths je kott. Itu pun tak pasti boleh dapat A+ ke tak. Yang lain-lain? Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

Perlu extra-usaha untuk minggu hadapan..
CHEMISTRY, PHYSICS, PRINSIP AKAUN, PQS, ADD MATHS, SEJARAH.

Bismillah, Rabbi Yassir Walaa Tu'assir

P/S: Minggu depan = MUKHAYYAM FORM 5. Errrr???


Yang nak download nota padat SPM Sejarah, saya ada link.
Nota Padat Sejarah Tingkatan 4
Nota Padat Sejarah Tingkatan 5

Semoga dipermudahkan oleh Allah, Aamiin :)

Sunday, 8 May 2011

PA + CHEM = ??

KRYPTON

METHANE
redox
mumtahanah
crystallization
mole 6
kat
acid

KEM PRINSIP PERAKAUNAN 2011
Jumaat dan Sabtu, 6-7 Mei 2011

BENGKEL CHEMISTRY 2011
Sabtu dan Ahad, 7-8 Mei 2011
Memang terbaik!

Walaupun otak memang jadi tepu sangat-sangat dan ESOK DAH ISNIN tanpa CUTI LANGSUNG untuk minggu ni.. dan tak buat lagi homework PQS

Tapi best!

KEM PA yang tak macam kem PA sebab jumpa wajah-wajah yang hari-hari selalu jumpa.. dengan 4 banat (ain tak datang) dan berapa banin ntah.. Demi menyiapkan kertas 3 prinsip perakaunan form 5,
tapi still kem ni terbaik. Sebab relax dan tak macam kem (apakah?). Yeah. Dan kami semua berazam nak siapkan kerja kursus ni dengan segera :D

BENGKEL CHEMISTRY?
Dah makin faham chemistry dah. OH BIRO GPK CHEMISTRY MEMANG HEBAT!! Tahniah untuk korang.

Tangan = Periodic Table. memang terbaikk!

agak menyampah dengan kumpulan genious yang font size paling besar kat atas tu. haha.
tapi takpe, tengok lah PS1 nanti apa cerita okeyh.

Study hard, belajar betul betul untuk PS1 ni :)

*OH. LUPA. HYE MAY!! Cepatnya awak dataang.
*Prinsip Perakaunan ada kaitan ngan Chemistry tau! Ada Nisbah UJIAN ASID dalam PA!! OH Hebat kan hidup ni. Setiap benda ada kena-mengena dengan sesuatu yang lainnya.

Saturday, 30 April 2011

Kurung Diri Hindarkan Dosa (???)

"Seorang muslimah sejati dia akan menjaga suaranya"

Sedikit terkilan dengan statement itu.
Saya tahu statement tu tak salah. Perempuan memang kena jaga suara, jaga adab, jaga tingkah laku, jaga cara jalan, jaga cara bicara, jaga suara, jaga mata, jaga hati, dan jaga banyak benda lain.

Perempuan memang ada baaaanyak benda yang kena dijaga.

Tapi saya nak menjawab statement itu dengan statement lain.

Seorang muslim sejati akan berusaha sepenuh daya untuk menghadapi dunia dan isinya,
BUKAN menyalahkan dunia dan isinya
.


Ada faham?

Kalau nak salahkan perempuan sebab tak jaga suara lah, tak jaga diri lah, tak jaga cara jalan lah,
Macam mana anda menjalani hidup?

Sebab dunia sekarang ni memang dipenuhi dengan banyak benda tak betul di depan mata.
Then, anda cuma mahu kurung diri di rumah je, sebab keluar rumah akan nampak perempuan2 sexy yang menaikkan nafsu?
Then, anda cuma akan kurung diri di dalam rumah je sebab keluar rumah nanti IMAN TAK SELAMAT??
Anda hanya mahu baca quran, tilawah, solat malam, solat dhuha, hafazan di RUMAH dan tanak keluar rumah sebab kalau keluar rumah hafazan akan hilang?

Kalau macam tu, macam mana anda akan berdakwah dan membimbing mereka yang jalan di jalan yang salah??

-Wallahu a'lam-

Thursday, 28 April 2011

Beza Prinsip Itu Biasa

Entahlah mungkin saya dan awak beza prinsip kot. Saya memang tak patut paksa semua orang ikut prinsip saya an.
Jadi saya memang diam je. Mungkin lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya. *peribahasa ni betul ke? XD

Now I just want to tell you what's on my mind. Ok? Awak tak payah nak susah-susah ikut prinsip saya. Taknak baca pun boleh.

Benda tu mengenai KEJUJURAN. Hadits Nabi : "Sesungguhnya kejujuran itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke surga."
Kita tak boleh an menzalimi hak orang lain.
Cuba bayangkan kalau sebab ulah kita, siapa yang sepatutnya menang jadi kalah. Siapa yang sepatutnya tak bersalah jadi kena denda.
Dan semua tu sebab kita. Disebabkan salah kita, masa depan orang lain jadi taruhan.

Ah, tapi takpe lah. Awak memang tak kan faham kan. Awak memang akan anggap saya ni orang paling pelik sedunia sebab saya pentingkan benda yang menurut awak tak penting langsung kan.

Ok takpelah, awak.

Wednesday, 27 April 2011

KKPA

Semua orang memang tengah kecoh-kecoh pasal Kerja Kursus Prinsip Akaun.
Berita asalnya KKPA f4 tak dikira markah sebab salah procedure, tapi tetiba ada berita mengejutkan dan menggemparkan:: KKPA F4 kena disiapkan sebelum 1 Mei. Ok semua orang yang tak siap lagi memang dah macam nak pengsan dengar berita tu.

Dan yang dah siap pun lega. Kalau dah penat-penat buat tapi at last tak dikira markah memang mantap kan. Sebab tu bila ada berita KKPA JADI diambil markah, orang yang dah siap pun gembira dan lega.

Hidup memang macam ni. Ada orang gembira ada orang berdukacita.

Dan belum selesai dengan hal KKPA F4, semua orang juga WAJIB siapkan KKPA F5 pulak. Sebelum 1 Jun. HAHAH. Memang terbaik lah kan hidup ni.

Tapi takpe. KKPA memang sangat bagus sebab boleh buat revision F4-F5 punya silibus. So takyah lah buat ulangkaji susah-susah sangat macam PHYSICS dan CHEMISTRY. Atau sejarah. Ataupun addmaths. Ataupun PQS dan PSI. Just siapkan je KKPA tu SENDIRI. Tanya ustazah bila tak faham. Bukan copy-paste orang punya lah ye. Kalau copy-paste tu, tak tahulah, boleh jadi faham ke tak.

KKPA juga SANGAT BAGUS OKEY sebab kalau buat betul-betul, boleh dapat 20 MARKAH FREE terus untuk SPM.

So janganlah banyak mengeluh masa buat KKPA. Mengeluh sekali sekala tu takpe. Tapi memang kena terus ingat positives nya. Sebab KKPA menyenangkan hidup kita.

I <3 PA SO MUCH!!

sebab saya biro PA. Eh tak mana ada. Sebab saya memang suka PA. Dan semua budak PA memang kena suka PA. Sebab kalau nak hasil yang memuaskan, kita kena cintai apa yang kita buat.

GPK SPM PA 2.4 OKE.
Batch 13 BOLEH!

Thursday, 21 April 2011

tak sakit langsung

Bila kita tak buat apa-apa pun tapi semua orang asik suspek kita yang buat, memang sakit lah kan.

Dahla yang BUAT BENDA TU, taknak menunjukkan diri, taknak mengaku. MEMANG KITA YANG NAMPAK BERSALAH. EVEN SEBENARNYA KITA TAK BUAT APA-APAPUN KAN KAN KAN.

SABAR YA, HIDUP MEMANG PENUH DUGAAN. DAN UJIAN.

Monday, 18 April 2011

finally..

Lawatan dah habes. Alhamdulillah. Semua baik2 sajaa. Takde masalah bererti.
Tapi perempuan bila dah jumpa shop memang takleh berhenti shopping. So memang kebanyakan jadual tu tak menjadi LOL. Banin sume dah naik atas bas, banat still asik shopping lagi. LOL.
Sorry banin. Harap maklum.

yang terbaik memang royal selangor pewter. Dahla free. Boleh nampak macam-macam. Dapat air pulak tuh.
Oh, kamu kamu yang nak beli chess dekat royal pewter, harga dia RM2100 ye.
memang gila murah lah kan. Boleh beli 10 terus. XD.

menara KL best sebab boleh nampak KL daripada atas. tapi agak bosan ar.
Muzium telekom pun oke je. boleh tahu telefon2 dulu punya. pelik-pelik. tapi agak bosan ar.

aquaria part yang paling best masa bagi makan kat ikan2 tu. comelll nampak pari, penyu, dan ikan2 lain berebut makanan.
pastu yang best gak kitorang cari omputih pastu minta dia amek gambar sesame. argh BI memang hancur musnah takleh blah tapi sapa nak kisah. janji dia faham sudah.
best jumpa makcik daripada Ireland ni. ramah sangat. :)

lepastu bebas nak buat apa. pusing-pusing kat KLCC tu. memang kaki ni macam dah nak terlepas daripada tubuh badan je. hahaha.

err, overall ok kott.
cuma memang perlukan banyak pengorbanan. lagi-lagi korban perasaan.

mawaddah, nuha dan pengerusi lagi lah banyak kena uruskan benda kan. pening kepala diorang kan. makasih banyak-banyak dah jayakan program ni.

makasih jugak untuk semua yang dah pergi lawatan. maaf kalau ada yang tak kena ke, tak suka ke, tak puas hati ke. maaf banyak-banyak. next lawatan korang buat lah yang lebih baik daripada kitorang punya :)

dahlaaa pegi buat kerja PQS. dah dua minggu dah sazah bagi masa tapi tak siap-siap lagi. =="

*jam tangan hilang. tsk tsk sediiih. dahla tu hadiah sebab dapat masuk SMIH :(
ISNIN TANAK SEKOLAAAH!